“Kalau PM tak lulus tak boleh pergi” – [VIDEO] Tengku Zafrul Jawab Dakwaan Ponteng Meeting Kabinet

Politics
6 Dec 2022 • 4:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, telah berlangsungnya Mesyuarat Khas Kabinet Kerajaan Perpaduan, difahamkan mesyuarat tersebut merupakan pertama kali diadakan yang menyaksikan kesemua jemaah menteri berkumpul hasil daripada gabungan beberapa parti iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Namun, mesyuarat tersebut dilihat tidak lengkap kerana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak dapat hadir dalam mesyuarat tersebut.

Sumber melaporkan bahawa beliau tidak hadir kerana ada urusan di Qatar, oleh sebab itu, Tengku Zafrul menerusi Instagram rasmi beliau ada tampil berikan keterangan dan menjelaskan hal sebenar.

Ponteng meeting bukan macam ponteng kelas – Tengku Zafrul

Disebabkan khabar tersebut tular di media sosial, timbul dakwaan bahawa beliau ponteng mesyuarat itu untuk menonton perlawanan bola sepak FIFA World Cup yang sedang berlangsung di Qatar.

Oleh itu, bekas Menteri Kewangan itu menjelaskan bahawa sebenarnya beliau berada di Abu Dhabi dan Dubai atas urusan rasmi.

“Pertamanya, saya pergi ke Abu Dhabi, bukan ke Doha, bukan ke Qatar, kat Abu Dhabi tak ada World Cup.”

“Keduanya, saya pergi ke Abu Dhabi untuk urusan rasmi, bukan saja-saja nak pergi, tak dapat hadir mesyuarat jemaah menteri ini bukan macam ponteng kelas.”

Dalam pada itu, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa ia bukanlah satu perkara mudah dan boleh ponteng sesuka hati jika seseorang menteri itu tidak dapat hadir ke mesyuarat

“Mana-mana menteri yang nak ke luar negara perlu dapat kebenaran YAB PM, kalau PM tak lulus tak boleh pergi, sebab tu masa hari Sabtu, lepas angkat sumpah saya terus ke MITI, Ahadnya saya terus ke Abu Dhabi.”

“Hari Isnin terus saksikan perjanjian antara Petronas dan ADNOC (Abu Dhabi National Oil Company). Bagi pihak Malaysia, YDP sendiri hadir untuk jadi saksi.”

Malah, beliau menyatakan bahawa urusan ini bukanlah calang-calang, ia satu perjanjian terbesar untuk negara Malaysia dan UAE.

“Perjanjian ini adalah satu perjanjian bersejarah dan terbesar untuk Malaysia dan UAE, bagi sektor oil dan gas, kerana ia melibatkan pelaburan untuk kedua-dua negara bagi tempoh 30 tahun, perjanjian ini melibatkan kerjasama meneroka dan menilai kawasan konsesi bagi 2,000KM persegi.”

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.