Bergurau Minta Nombor Telefon Pelajar Perempuan, MUDA Gesa PM Mohon Maaf

Politics
25 Jun 2023 • 4:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh meminta nombor telefon daripada seorang pelajar perempuan dalam sebuah program baru-baru ini mendapat perhatian ramai.

Menurut Timbalan Presiden Parti Ikatan Muda Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz, tindakan Perdana Menteri itu telah memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat.

Sambung Amira, tindakan itu disifatkan sebagai tidak menghormati kaum wanita.

“Apa yang malangnya, ramai dalam kalangan lelaki dewasa menganggapnya sebagai lawak. Anwar perlu minta maaf secara terbuka tentang perkara ini untuk menunjukkan contoh yang baik kepada para lelaki”

“Jika awak tertarik dengan sikapnya, cukup hanya komen tanpa buat komentar sebegitu,”, katanya dalam satu ciapan baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa itu menyambung, kaum wanita tidak pernah menganggap perkara itu sebagai gurauan.

Tindakan Perdana Menteri sebaliknya akan menampakkan tindakan ini adalah dibolehkan dalam kalangan lelaki dan boleh memberi pengaruh tidak baik kepada orang lain.

Terdahulu, Anwar secara berseloroh meminta nombor telefon seorang pelajar perempuan tingkatan enam dalam program Temu Siswa di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Sabtu lalu.

Kredit: Sinar Harian

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.