Bergurau secara melampau juga buli! Pelaku wajib didakwa – Asyraf Wajdi

LocalPolitics
23 Sep 2025 • 11:10 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menggesa pihak polis mengambil tindakan segera terhadap sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terbabit dalam insiden buli fizikal terhadap seorang pelajar.

Beliau menegaskan, tindakan bergurau secara melampau juga adalah kes buli dan tidak boleh dipandang ringan atau dikompromikan.

“Apakah kita hendak menunggu sehingga kecederaan kekal mahupun kematian baru hendak bertindak? Harap pihak polis segera bertindak dengan tegas.
“Semua pelaku juga wajib didakwa agar menjadi pengajaran penting buat semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

image is not available

Bergurau secara melampau juga buli!

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan lima pelajar memegang kaki dan tangan seorang pelajar lain sebelum menghayunkan tubuh mangsa sehingga bahagian kelangkangnya terhentak pada tiang papan tanda.

image is not available

Insiden itu dipercayai berlaku di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Miri, dan lebih mengejutkan apabila beberapa pelajar lain hanya menonton sambil ketawa tanpa cuba menghalang perbuatan tersebut.

Semalam, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilaporkan menegaskan mereka tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pelajar terbabit, termasuk menggantung atau membuang mereka daripada institusi.

image is not available

Tindakan segera pihak berkuasa dilihat penting bagi memastikan insiden buli seperti ini tidak berulang serta memberi pengajaran kepada semua pihak terlibat.

Sumber: FB Asyraf Wajdi