Berhabis ratusan ringgit, lelaki beli minyak wangi busuk demi koleksi

8 Mar 2024 • 2:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial seorang lelaki beli minyak wangi busuk dengan harga RM550 sehingga mengundang kecaman daripada netizen.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @aimanzsham telah memuat naik satu video memaparkan dia sedang berada di sebuah kedai minyak wangi.

@aimanzsham

Ni bukan fetish ya, aku nak bawak korang untuk teroka bau yang korang tak pernah terfikir untuk sebuah minyak wangi. Aku beli perfume ni sebab takde tester time aku nak try, jadi kena beli jugak untuk try bau dan nak buat collection sebab susah nak dapat. Boleh cuba perfume ni dekat Trove, Starhill, dekat trove lain takde

♬ original sound – Aimanzsham – Aimanzsham

Menurutnya, minyak wangi yang bakal dibelinya itu mempunyai beberapa bau seperti bau peluh, air liur, peluntur dan juga bau susu ibu.

Lelaki itu turut mendakwa minyak wangi berkenaan sering kali habis terjual, oleh kerana itu dia harus segera mendapatkannya.

lelaki beli minyak wangi busuk demi koleksi

image is not available

“Aku nak beli satu perfume ni bau peluh, air liur, clorox dan juga susu ibu. RM550 untuk 50ml, selalu sold out.

“Yang ni baru restock, jadi aku nak beli cepat-cepat sebelum habis,” katanya.

Sebaik sahaja lelaki itu berjaya membeli minyak wangi tersebut, dia terus menyemburkannya di bahagian belakang tanggannya.

Lelaki itu kemudiannya mencium bau minyak wangi berkenaan dan riak wajahnya berubah serta merta kerana tidak tahan dengan bau berkenaan.

image is not available

“Sumpah, bau busuk gila. Dia bau peluh, bau pelik. Bau menjijikkan tapi selalu je habis jadi aku beli.

“Dia macam baju yang basah bau peluh, lepastu korang letak dalam baldi dan biarkan dalam dua minggu macam tu.

“Dia bau kepam, bau busuk dan menjijikkan,” ujarnya.

Pada ruangan kapsyen pula, lelaki itu menjelaskan dia membeli minyak wangi berkenaan kerana mahu berkongsi baunya bersama orang lain.

image is not available

“Ni bukan fetish ya, aku nak bawa korang untuk teroka bau yang korang tak pernah terfikir untuk sebuah minyak wangi.

“Aku beli perfume ni sebab takde tester, jadi aku kena beli juga untuk cuba bau dan nak buat koleksi sebab susah nak dapat,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mempersoalkan mengapa lelaki itu membeli minyak wangi tersebut walaupun tahu ianya mempunyai bau yang kurang menyenangkan.

Dah tau busuk kenapa beli?

image is not available

Lelaki beli minyak wangi busuk, kenapa bazir duit?

image is not available

Boleh je pakai tester

image is not available

Lelaki beli minyak wangi busuk harga RM550??

image is not available

Senangnya buang duit

image is not available

Macam-macam minat orang zaman sekarang ye, bermacam jenis bau minyak wangi nak dibelinya.

Sumber: TikTok @aimanzsham