Berhabis RM2500 Sebulan Layan ‘Girlfriend’ Kuat Makan, Lelaki Luah Rasa Beban – “Hujung Bulan Tinggal RM150”

23 Jul 2024 • 4:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini di laman X, tular satu luahan seorang lelaki yang rasa beban kerana terpaksa tanggung kos makanan untuk teman wanita yang kuat makan.

Teman wanita kuat makan

Kata lelaki yang merahsiakan identitinya itu, dia terpaksa berhabis sebanyak RM2500 hanya mahu ‘layankan’ selera makan teman wanitanya itu.

Susulan melayankan selera makan teman wanita yang tinggi, lelaki itu berkata gajinya pada setiap hujung bulan pasti hanya akan tinggal RM150 dan disebabkan itu, dia terasa terbeban perlu mengeluarkan ribuan ringgit hanya untuk makan.

Netizen nasihat berpada dalam berbelanja

Susulan perkongsiaan yang dilakukan, rata-rata netizen yang membaca luahan lelaki terbabit menasihatinya untuk berfikiran waras dalam membelanja seseorang kerana jumlah yang digunakan oleh teman wanita sangat keterlaluan.

image is not available

Bahkan, ramai yang berkata jumlah wang ribuan yang dikeluarkan oleh lelaki itu bagi melayan selera makan teman wanitanya boleh membeli barangan dapur untuk satu keluarga setiap bulan.

image is not available 4 weeks ago

Gaji Hanya RM2,000 Tetapi Teman Wanita Minta Belikan Honda & iPhone 15 Pro - “ Terpaksa Buat ‘Loan’”