Berharap Zara sedar dan beritahu apa berlaku

9 Oct 2026 • 4:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Berharap Zara sedar dan beritahu apa berlaku

Kota Kinabalu: Noraidah Lamat memberitahu Mahkamah Koroner pada Khamis bahawa beliau sangat berharap anaknya Zara Qairina Mahathir sedar dan menceritakan kepadanya apa yang berlaku.

Noraidah berkata beliau menghabiskan malam bersendirian bersama Zara di hospital dan dibelenggu pelbagai persoalan selepas melihat darah pada kepala serta kaki anaknya.

“Bukan soal menghabiskan malam bersama Zara. Perasaan saya lebih kepada melihat keadaan Zara. Apa sebenarnya yang berlaku? Mengapa kepala Zara berdarah?Mengapa kaki Zara berdarah? Siapa yang melakukan perkara ini kepadanya?.

“Saya benar-benar berharap Zara sedar semula, membuka matanya dan memberitahu saya apa sebenarnya yang berlaku kepadanya,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Noraidah merupakan saksi ke-82 yang meneruskan keterangannya berkata dirinya bermalam bersama Zara di hospital selepas anaknya dimasukkan ke wad neurologi.

Keesokan paginya, kira-kira jam 7 pagi, sekumpulan kira-kira tiga doktor melakukan pemeriksaan di wad berkenaan bersama beberapa pegawai perubatan lain.

Katanya kumpulan itu termasuk seorang doktor berbangsa Cina dan seorang doktor berbangsa India dengan salah seorang daripada mereka memberikan kata-kata semangat yang amat bermakna kepadanya.

“Dia berkata ‘Puan, nanti puan buat laporan polis mengenai apa yang berlaku kepada anak puan.’“Saya bertanya semula ‘Saya perlu buat laporan polis, doktor?’“Dia berkata ‘Buat laporan polis untuk kes seperti ini. Lambat atau cepat, kita tunggu keputusannya. Ia akan mengambil masa,’” katanya.

Noraidah berkata kata-kata doktor berkenaan menguatkan azamnya untuk terus tabah dan mencari jawapan mengenai apa yang berlaku kepada anaknya.

“Itulah yang benar-benar membangkitkan semangat saya untuk terus kuat dan berjuang,” tambahnya.

Ketika ditanya sama ada doktor berkenaan lelaki atau wanita, Noraidah menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang masih agak muda dan berdasarkan raut wajahnya, dipercayai berbangsa Cina.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved