Berhati-Hati Dengan Penipuan Baharu Menyasarkan Pengguna Maxis – Menghantar Mesej Mengatakan Mata Ganjaran Akan Luput

TechnologyDigital
11 Apr 2024 • 10:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kebelakangan ini, terdapat beberapa mesej yang menyasarkan kepada sejumlah pengguna perkhidmatan telekomunikasi Maxis, dengan menipu mengatakan mata ganjaran terkumpul anda untuk Maxis akan luput dan perlu membuka sebuah pautan khusus dalam mengekalkan mata ganjaran berkenaan.

Untuk makluman, pautan yang dihantar berkenaan adalah bukan daripada pihak Maxis, tetapi merupakan pautan hasad, yang mungkin membawa kepada kecurian data atau kewangan. Malah, pautan web berkenaan juga cuba meniru beberapa penjenamaan Maxis dalam cuba menipu pelanggan.

image is not available

Maxis sendiri menasihatkan pengguna untuk tidak membuka sebarang pautan yang dihantar melalui perkhidmatan permesejan.

Sebelum ini, kerajaan telah menghalang penghantaran SMS yang mengandungi pautan dalam mengurangkan kadar penipuan yang berlaku pada era digital kini. Namun, beberapa pihak tidak bertanggungjawab kini menggunakan kaedah RCS dalam menghantar mesej bersama pautan kepada pengguna.

Seperti biasa, sentiasa amalkan langkah berhati-hati, dan jangan membuka sebarang pautan yang dihantar oleh pihak dikenali dalam usaha mengelakkan menjadi mangsa penipuan digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved