WhatsApp Menguji Ciri Pin Lebih Daripada Satu Mesej Dalam Tetingkap Sembang

TechnologyDigital
15 Mar 2024 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sedia menawarkan ciri yang membolehkan pengguna pin sesuatu mesej pada tetingkap sembang. Sekaligus dapat memudahkan untuk dijadikan rujukan di masa hadapan sekiranya perlu. Penggunannya juga tidak terhad untuk perbualan individu semata-mata malah turut terpakai untuk perbualan berkumpulan.

image is not available

Dalam usaha meningkatkan kemampuannya pengguna kelak boleh mengepin sehingga tiga mesej serentak melalui kemaskini akan datang. Dalam contoh yang ditunjukkan di atas pilihan baharu ini berfungsi sama sahaja seperti sebelum ini. Kemudian itu dikatakan pula bahawa salah satu mesej tersebut akan dikeluarkan secara automatik apabila terdapatnya mesej keempat yang cuba dipinkan.

image is not available

Pun begitu, WhatsApp dijangka boleh memperluaskan had ini pada masa akan datang. Pada masa sama belum jelas sama ada boleh digunakan dalam kedua-dua perbualan atau sebaliknya. Ia juga masih diperingkat ujian kecil dalam kalangan pengguna beta yang masih berlum diketahui pelancaran.

Untuk rekod, Telegram sedia menawarkan ciri tersebut sejak 2020.