Berhati Perut, Rusia Hantar 27 Tan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

20 Oct 2023 • 5:32 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Kerajaan Rusia hantar 27 tan bantuan kemanusiaan majoritinya bekalan makanan untuk penduduk Gaza bagi meringankan kesengsaraan yang dialami.

Perkara tersebut disahkan sendiri menteri luar Rusia menerusi laman X @MFA Russia yang menunjukkan bantuan tersebut dalam persiapan untuk dihantar ke negara tersebut dengan menggunakan sebuah pesawat.

Rusia hantar bantuan kemanusiaan

“EMERCOM Rusia akan menyampaikan 27 tan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Semenanjung Gaza, terutamanya bekalan makanan seperti tepung, gula, beras dan pasta,”

“Pesawat pengangkut Il-76 sudah pun dalam perjalanan ke Arish di Mesir. Bulan Sabit Merah Mesir akan memastikan penyampaian bantuan tersebut,” ujarnya.

Difahamkan, pesawat yang membawa barangan terbabit sedang dalam perjalanan ke El Arish, sebuah bandar Mesir yang terletak di utara Sinai, hanya 50 kilometer dari pintu sempadan Rafah.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, Malaysia akan menghantar 20 trak bantuan kemanusiaan akan memasuki Semenanjung Gaza dari negara jiran Mesir selepas mendapat persetujuan daripada kerajaan Israel.

Keputusan itu berikutan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat, termasuk dari Amerika Syarikat menyeru bantuan kemanusiaan untuk memasuki Gaza, di mana ratusan ribu penduduk telah kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah serangan udara Israel yang berterusan.

Sekadar info, serangan udara dari pihak Israel telah menyebabkan lebih 3,400 orang terbunuh dan lebih 12,000 lagi cedera dalam serangan Israel.

Sumber: X @MFA Russia