Berhenti Berharap, Tiada Duet Di Antara Ariel Dan BCL Dalam Konsert Noah Malam Ini

Music
12 Nov 2022 • 5:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Noah menjejakkan kaki ke Malaysia pada Khamis lalu. - Gambar oleh Azrul Rafie

Gara-gara kehadiran Bunga Citra Lestari beberapa hari lalu di Kuala Lumpur, ramai yang berharap atau beranggapan bahawa penyanyi itu akan muncul di konsert Noah yang akan berlangsung pada malam ini.

Namun ternyata perkara itu tidak akan terjadi kerana Bunga telah pun pulang ke Jakarta saat Noah menjejakkan kaki ke Malaysia pada Khamis lalu.

“Tapi kami tak sempat bertemu. Saat kami sampai, dia sudah pulang dulu,” kata Ariel kepada teman media saat diajukan tentang soalan adakah mereka akan berduet bersama.

image is not available
Ariel

Pada sidang media yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota itu, Noah turut memberitahu untuk konsert yang telah pun ‘sold out’ ini, mereka tidak akan berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi kerana ingin berasa lebih dekat bersama peminat mereka.

“Jika kami ingin berkolaborasi, kami lebih senang untuk berkolaborasi dengan penyanyi dari Malaysia.

“Kami pernah bertanya siapa pemuzik di sini yang unik untuk kami bekerjasama. Ada beberapa nama tetapi kami akan simpan dahulu untuk kunjungan kami yang seterusnya pada tahun hadapan,” kata Ariel.

image is not available

Pada konsert yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur malam ini, Noah bakal mempersembahkan 16 buah lagu termasuk lagu-lagu dari album terbaru mereka yang belum sempat dipromosikan di Malaysia gara-gara pandemik dua tahun yang lalu.

Kali terakhir Noah mengadakan konsert di Malaysia adalah pada tahun 2017 yang bertempat di Stadium Negara. - Getaran, 12 November 2022