Berhenti kecam ayah saya, dia bukan orang kejam – Anak pemandu lori langgar gajah

LocalEnvironment
13 May 2025 • 9:57 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Anak pemandu lori

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada awal pagi ahad meminta orang ramai untuk berhenti menyalahkan ayahnya.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh wanita itu yang dikenali sebagai Fatin di laman TikToknya, dia menyifatkan kejadian itu adalah satu kemalangan yang tidak dapat dielakkan.

Anak pemandu lori

Kata Fatin, mereka sekeluarga turut bersedih berhubung insiden tersebut selain menegaskan ayahnya bukan seorang yang kecam.

“Saya disini sebagai anak kepada pemandu lori ayam sedang viral, saya merayu kepada semua tolong berhenti kecam ayah saya.

“Kejadian ini adalah satu kemalangan yang sangat menyedihkan untuk kami sekelurga, ayah saya bukan orang kejam dan dia sendiri sangat terkesan dengan apa yang berlaku.

“Tak ada siapa yang nak perkara ini terjadi, kami mohon ruang dan doa, bukan kebencian,” ujarnya.

Anak pemandu lori

image is not available

Terdahulu seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia lima tahun, mati dilanggar kenderaan dalam kejadian di Kilometer 80 JRTB Gerik-Jeli di sini, awal pagi Ahad.

Insiden itu tular selepas video yang dimuat naik ke media sosial oleh saksi kejadian menunjukkan ibu gajah setia menanti, dengan meletakkan kepala di lori berkenaan seakan tidak dapat menerima kenyataan pahit akan kehilangan anaknya.

Ibu gajah itu kemudian terpaksa ditembak dengan ubat pelali dan dibawa untuk dipindahkan ke dalam hutan semula dan karkas anak gajah jantan terbabit juga telah ditanam di lokasi yang tidak didedahkan.

image is not available

Sumber: TikTok @lyyzzaaz