“Berhenti Sebarkan Video Itu” – Polis Sahkan Gelandangan Wanita Maut Gantung Diri Di Stesen LRT 3 Sri Andalas

23 Dec 2023 • 8:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular mengenai satu video yang memaparkan seorang individu dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di kawasan stesen LRT 3 Sri Andalas, Klang.

Difahamkan polis sudah pun menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 53 tahun pada pukul 6.10 pagi semalam.

Siasatan mendapati saksi yang merupakan pengawal keselamatan telah membuat rondaan di kawasan tersebut seblum menemui seorang perempuan di laluan pejalan kaki dalam keadaan menggantung diri.

image is not available

Sumber : X  

Pihak ambulans telah tiba di lokasi dan mengesahkan kematian wanita terbabit.

Siasatan mendapati wanita terbabit telah menggunakan kain tudung untuk mengikat lehernya lalu menggantung diri di besi bumbung pejalan kaki.

Difahamkan wanita warga tempatan berusia 47 tahun itu tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan tetap.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, setakat ini polis mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan satu kertas siasatan mati mengejut telah dibuka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

Menara Ilham Milik Keluarga Tun Daim Disita SPRM, Didakwa Terlibat Kes Penyelewengan Dana Negara

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved