“Berhenti Tengok Selepas 10 Minit..”- ‘Super Rich In Korea’ Dikritik Penonton, Tapi Kenapa?

Entertainment
10 May 2024 • 3:44 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Netflix telah mengeluarkan rancangan hiburan terbaru mereka iaitu “Super Rich In Korea”.

“Super Rich In Korea” merupakan rancangan yang mempamerkan kemewahan hidup beberapa individu terkaya di negara itu. Namun, rata-rata penonton telah meluahkan rasa tidak senang mereka selepas menonton rancangan itu.

Antara isu yang tidak disenangi oleh penonton ialah ahli yang dipilih. Di mana, dalam kelima-lima individu tersebut, hanya seorang sahaja diantara mereka yang berasal dari Korea, manakala yang lain pula hanyalah penduduk sementara.

Ramai juga yang menyatakan bahawa mereka mengharapkan untuk melihat kehidupan orang kaya yang memang berasal dari Korea dalam rancangan itu, bukannya kehidupan ‘orang luar’ yang tinggal di Korea.

image is not available

Penonton turut mempersoalkan interaksi diantara ahli “Super Rich In Korea” yang kelihatan sangat janggal dan sukar untuk dinonton.

Korang yang dah tonton rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.