Yoo Jaesuk Dah Tiada Tuah? Episod Pertama ‘Whenever There’s Chance’ Raih Rating Rendah

Entertainment
24 Apr 2024 • 2:38 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sejak sekian lama, Yoo Jae-suk sememangnya merupakan pengacara No 1 di Korea Selatan.

Dalam episod pertama yang bersiaran kelmarin, penonton memberikan pelbagai respon buat rancangan “Whenever There’s Chance” yang dihoskan oleh Yoo Jae-suk dan Yoo Yeon-seok.

Untuk siaran buat julung kalinya ini, rancangan yang telah dikelola oleh bekas pengarah “Running Man” ini iaitu Choi Bo-pil telah menjemput Lee Kwang-soo sebagai tetamu utama. Malah keserasian antara lelaki itu dan hos utama nyata menjadi titik penarik buat program baru itu.

image is not available

Pun begitu, percubaan baru tersebut mungkin perlukan lebih banyak reformasi dan kandungan menarik bagi menaikkan momentum. Untuk episod ini, program ini hanya meraih rating 2.3% sahaja. Walaupun agak rendah namun ianya lebih baik dari rancangan yang bersiaran sebelum ini dalam slot yang sama iaitu “Strong VS”.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.