Berhenti tuding jari, ‘cermin’ kesilapan sendiri

LocalPolitics
22 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Berhenti tuding jari, ‘cermin’ kesilapan sendiri

PETALING JAYA: Kepimpinan Perikatan Nasional (PN) perlu berhenti menuding jari kepada pihak lain ekoran pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kesilapan yang berlaku tidak sepatutnya dikaitkan de­ngan faktor politik atau kerajaan kerana tindakan yang diambil RoS lebih menjurus kepada soal kepemimpinan dan pengurusan PN.

Beliau mendakwa, ketika menguruskan PN, kepemimpinan gabungan itu dilihat mengambil alih peranan RoS termasuk dalam menentukan kedudukan Bersatu sebagai parti komponen dalam mesyuarat PN.

“Jangan terlalu menuding jari. Kesilapan yang berlaku ini kesilapan pengurusan, bukannya politik. Sepatutnya lihat kesilapan daripada kepimpinan dan pengurusan sendiri.

“Mereka menguruskan PN sampai tahap mengambil alih peranan RoS. Dia (kepimpinan PN) yang menghukum Bersatu. Buat keputusan sama ada Bersatu layak atau tidak hadir sebagai parti komponen di dalam mesyuarat PN,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.-UTUSAN.

The post Berhenti tuding jari, ‘cermin’ kesilapan sendiri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved