
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat seluruh umat Islam, Sabtu lalu (7 Mac) merupakan hari peristiwa paling istimewa iaitu Hari Nuzul Al-Quran.
Ia mengingatkan para Muslim tentang peristiwa turunnya wahyu pertama dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril.
Baca Artikel Berkaitan: Nuzul Al-Quran: Hayati & Fahami Isi Kandungan Kitab Suci Pada 17 Ramadan
Baca Artikel Berkaitan: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan
Bersempena dengan hari peristiwa itu, ramai juga orang bukan Muslim yang turut memberikan ucapan mereka kepada rakan-rakan beragama Islam, termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.
Dalam poster dimuat naik Hannah di akaun media sosial, beliau mengucapkan ‘Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran’ dan disertakan sekali bersama potret dirinya memakai baju kurung.
Ada Netizen Berpandangan Pemakaian Hannah Yeoh ‘Tidak Elok’
Bagaimanapun, masih ada netizen yang tidak berpuas hati dengan hantaran terbabit. Jelas seorang pengguna Threads sebelum ini, tidak wajar Hannah mengucapkan perkara tersebut sambil berpakaian sebegitu.
“Nuzul Quran pun ucap. Tak elok sebab dengan pakaian macam tu. Sedangkan al-Quran kita suci (buat) umat Islam,” katanya.

Dah Berpakaian Sopan Masih Pertikai Tak Pakai Tudung? – Netizen
Bagaimanapun, ramai netizen dilihat tidak bersetuju dengan pandangan itu. Pengendali akaun Threads, Jiwa Berdaulat berkata segelintir pemimpin bukan Melayu di Malaysia sering dikritik meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan.
Menerusi satu lagi tangkap layar, dia turut mendedahkan individu yang sebelum ini mengkritik gambar Hannah Yeoh kerana menyarungkan tudung.
“Kasihan pemimpin bukan Melayu seperti Hannah Yeoh. Buat apa pun, mesti ada yang tak kena di mata segelintir kita. Ucap Nuzul Al-Quran dengan berpakaian sopan, dipertikai kenapa tak bertudung.
“Bila bertudung untuk menyantuni kita, dipersoal pula niat dan motifnya. Golongan ini asyik ‘move the goal post’ sampai perkara betul pun nampak salah. Pening!” katanya.
Tambah individu itu, orang ramai sepatutnya berhenti ‘menghukum’ dan tidak mencari salah sesiapa sebaliknya meraikan usaha penduduk bukan Muslim dalam menghormati budaya serta agama Islam.
View on Threads
Semakan kami di laman Facebook mendapati posting Hannah turut mendapat reaksi yang pelbagai. Namun rata-rata berterima kasih dengan ucapan tersebut dan hanya segelintir yang menyifatkan ucapan itu sebagai sekadar ‘wayang’.
Pun begitu, beliau dalam satu posting dilihat memakai tudung ketika hadir ke program di Masjid Saidina Ali Kampung Padang Balang di Gombak, Kuala Lumpur.
Ramai Minta Jangan Campur Adukkan Isu Politik & Agama
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan pandangan tersebut. Ada yang bertanya adakah individu yang mengkritik itu mengharapkan Hannah memakai tudung sama seperti para Muslimah?
“Pakaian dia okay la tu. Sopan je tengok. Diorang harapkan dia pakai tudung ke? Masa dia pakai tudung dulu pun diorang (netizen) kecam,” kata seorang wanita.
Malah, ada yang berasa bengang dengan sikap segelintir individu yang suka mencari kesilapan orang lain.
“Saya rasa pelik betul. Kenapa ya pemikiran sesetengah orang ni macam duduk dalam gua. Malaysia ni berbilang kaum. Kita saling hormat-menghormatilah. Kenapa semua benda yang orang buat baik kita nak pertikaikan. Semua benda nak dipolitikkan,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, ada yang berpendapat bahawa budaya mengkritik ini akan membawa imej buruk kepada para Muslim.
“Yang pasti ‘kebimbangan’ diorang tu bukan sebab agama Islam pun tapi sebab rasis dan pandangan politik yang berbeza. Inilah contoh penunggang agama, golongan ni yang akan buatkan Islam nampak buruk di mata orang bukan Islam. Bukan buta mata tapi buta hati,” kata seorang lelaki.
Berikut antara komen-komen netizen:







Baca Artikel Berkaitan: Soalan Wanita Non-Muslim Boleh Ke Makan Di Bazar Ketika Bulan Puasa Cetus Suasana Positif
Baca Artikel Berkaitan: Gadis Bangsa Cina Teruja Berbuka Puasa Di Putrajaya, Siap Dapat Air Jagung Percuma [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Dipersoal Kerana Sering Guna Kalimah Orang Islam, Nga Kor Ming Beri Penjelasan [Video]

