Beri belia peluang anjur program kampung: Jonathan

LocalPolitics
9 Jun 2025 • 9:29 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Belia perlu diberi ruang dan peluang untuk menganjurkan program di peringkat kampung seperti Majlis Sambutan Pesta Kaamatan, kata Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Menurutnya, inisiatif sebegini akan membolehkan penglibatan belia dalam penganjuran program kampung, di samping menggalakkan mereka lebih peka terhadap hal ehwal kampung.

Tambahnya, belia merupakan generasi moden yang tidak kurang kreatifnya, mempunyai input baharu dan bernas dalam melaksanakan pelbagai perkara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Justeru, saya mencadangkan agar ketua kampung memberi peluang dan membuka pintu kepada anak muda berpotensi untuk menganjurkan sambutan seperti Kaamatan.

“Langkah sebegini selain mengeratkan silaturrahim antara generasi terdahulu dan generasi baharu juga dapat mengelakkan remaja kita terpinggir dan terjerumus dalam aktiviti tidak sihat,” katanya.

Jonathan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Tadau Kaamatan di peringkat Kg. Kinirasan Ranau yang diadakan di Dewan Kg Kinarasan dekat sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Kaamatan, menurut Jonathan, merupakan perayaan yang disambut meriah di Negeri Sabah dan amat penting untuk dikekalkan kerana ini adalah budaya masyarakat tempatan di sini sejak dahulu lagi.

“Ini merupakan perayaan yang dapat menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam sesebuah kampung dan ia mewujudkan keharmonian dalam kalangan penduduk tidak kira tua atau muda.

“Kaamatan juga mengajak penduduk untuk bekerjasama antara satu sama lain, sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan sesama mereka dan memberi peluang untuk mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Jonathan turut menyarankan kepada ketua kampung di kawasan ini agar memanfaatkan lokasi tanah tinggi di sini sebagai salah satu produk pelancongan yang mampu membawa pulangan baik kepada kampung.

Pada kesempatan itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur yang telah memberikan komitmen untuk mengadakan majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah WKAN Tinus Katin, Ketua Kampung Salehuddin Aniajak, Pengerusi JPKK, Jalius Marudi selaku penganjur program, pegawai dan kakitangan Pejabat Parlimen Ranau, penduduk kampung dan lain-lain.