Beri Hajiji peluang untuk teruskan misi: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu

LocalPolitics
14 Nov 2022 • 4:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Rakyat Sabah digesa mengetepikan sikap prasangka dan bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor demi kebaikan Sabah, dan berganding bahu untuk menggalakkan pembangunan sosioekonomi bagi memastikan kestabilan komuniti dan perniagaan.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) Datuk Michael Lui berkata, KKCCCI menyokong penuh jaminan Hajiji dalam ikrarnya untuk terus menjadi Ketua Menteri yang berjiwa rakyat untuk berkhidmat kepada semua rakyat Sabah tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik.

Selain itu, katanya, Ketua Menteri juga memupuk semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan rakyat.

“Kami menaruh kepercayaan penuh kepada Ketua Menteri yang sentiasa berusaha memulihkan ekonomi negeri daripada pandemik Covid-19 demi mencapai matlamat Sabah Maju Jaya.