
PAPAR: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kerajaan Negeri GRS-BN komited untuk memastikan aspek pendidikan di Sabah diberi keutamaan kerana ia antara agenda penting dalam Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk rakyat dan negeri ini.
Tanpa pendidikan, katanya, Sabah dan rakyat akan ketinggalan dalam zaman tanpa sempadan ini.
“Pendidikan penting dalam membasmi kemiskinan dan kunci kejayaan dalam membantu keluarga serta membangunkan negeri dan negara.

