Beri iPhone 16 Kepada Speed, Peminat Di Singapura Jadi Bahan Ketawa Malaysia & Indonesia

25 Sep 2024 • 1:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Singapura menjadi bahan ketawa di laman sosial selepas ada peminat penstrim atas talian dari Amerika Syarikat (AS) IShowSpeed atau Speed beri hadiah telefon pintar Apple model terbaharu, iPhone 16 Pro Max kepada pempengaruh itu.

Menerusi satu hantaran di X, Rajvinder telah membuat hantaran semula atau ‘retweet’ sebuah video memaparkan seorang peminat Speed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr.

Pada video tersebut, peminat tersebut telah menghulurkan kotak berisi iPhone 16 Pro Max namun Speed kelihatan tidak percaya bahawa model itu telah dikeluarkan.

Peminat di Singapura beri iPhone 16 kepada Speed

“Tak mungkin, sumpah! Tak mungkin, model ini belum dikeluarkan!” katanya.

Sebaik membuka kotak tersebut, Speed jelas kelihatan terkejut kerana selama menjelajah di rantau ini, pempengaruh itu langsung tidak mengetahui model itu telah dilancarkan.

Oleh kerana peminat itu menghadiahkan iPhone 16 Pro Max, Singapura menjadi bahan ejekan warganet Malaysia dan juga segelintir netizen Indonesia.

image is not available

Susulan itu, individu yang membuat ‘retweet’ hantaran itu berkata Malaysia dan Indonesia masing-masing memberikan hadiah berupaya budaya seperti pakaian batik dan makanan tempatan.

“Negara lain bagi dia batik dan makanan tempatan. Tapi Singapura bagi iPhone sebab mereka tiada budaya yang boleh ditawarkan,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet dari Malaysia dan juga Indonesia bersetuju dengan kenyataan daripada individu yang membuat ‘retweet’ itu.

Speed tu dah kaya, buat apa bagi iPhone?

image is not available

Betul lah?! iPhone?!

image is not available

Budaya dorang adalah kaya

image is not available

Boleh je bagi laksa Singapura, tapi bagi iPhone

image is not available

Bagaimanapun, terdapat segelintir warga maya Indonesia yang tidak senang dengan ‘retweet’ tersebut kerana masih berasa kurang senang tentang isu batik dari negara mana.

Sekurang-kurangnya duit kami boleh belikan dia iPhone

image is not available

Cakap negara lain tiada budaya, negara macam berbudaya

image is not available

Kenapa kisah sangat pasal budaya negara lain?

image is not available

Cakap banyak macam ada budaya

image is not available

Dorang mampu bagi iPhone, bagi la iPhone……

Sumber: X Rajvinder