Beri Kenyataan Kenapa Sekat Akaun ‘Rider’ MatKibot, Ada Yang Kata Syarikat Penghantaran Berat Sebelah?

23 Jun 2023 • 12:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas dikecam teruk kerana menyekat akaun milik seorang penghantar makanan dikenali sebagai Mat Kibot, syarikat penghantaran popular tampil memberi penjelasan.

Menerusi ciapan di laman Twitter, syarikat penghantaran popular itu telah mengeluarkan kenyataan berikutan insiden pergaduhan diantara penghantar makanan tersebut dengan dua warga Singapura di sebuah stesen minyak di Johor Bahru.

Menurut kenyataan tersebut, penghantar makanan itu sedang bekerja menghantar makanan pelanggan ketika kejadian berlaku dan mereka telah menerima laporan daripada orang ramai berhubung kejadian itu.

Malah, pihak syarikat memaklumkan mereka mempunyai tatakelakuan yang ditetapkan bagi melindungi komuniti pengguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan perkhidmatan.

Oleh itu, kami memandang serius apa-apa laporan yang memberi impak terhadap kualiti perkhidmatan dan keselamatan orang ramai.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak syarikat perlu mengikut proses dalam menguruskan insiden keselamatan dengan menggantung akaun milik rider berkenaan buat sementara waktu sementara mereka menyiasat perkara itu.

Selepas selesai siasatan, kami mengembalikan akaun miliknya.

image is not available

Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penghantaran tersebut kerana seolah-olah berat sebelah.

Bukan itu sahaja, mereka turut menganggap syarikat penghantaran tersebut hanya menyalahkan rider berkenaan tanpa menyentuh tentang kesalahan warga Singapura yang cuba untuk membuat provokasi terhadapnya.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 10 jam lalu

Diugut Boikot, Syarikat Penghantaran Popular Kembalikan Akaun ‘Rider’ MatKibot