Diugut Boikot, Syarikat Penghantaran Popular Kembalikan Akaun ‘Rider’ MatKibot

23 Jun 2023 • 10:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Syarikat penghantaran popular,semalam, teruk dihentam netizen setelah keluarnya berita mengenai abang ‘rider’ digantungkan perkhidmatannya susulan kes ‘viral’ dengan warga Singapura, baru-baru ini.

Dapat dilihat dalam media sosial, kebanyakkan netizen tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat penghantaran itu menghentikan perkhidmatan pemilik akaun MatKibot setelah menularkan video warga Singapura melakukan kesalahan dengan mengisi petrol di dalam tong.

Syarikat terbabit menjelaskan mereka mendapat aduan bahawa ‘rider’ tersebut memegang pemutar skru untuk menyerang pengadu, namun dakwaan tersebut dinafikan oleh ‘rider’ itu serta menegaskan dua warga Singapura terbabit telah memfitnahnya.

Sedar pihak mereka menerima kecaman bertubi-tubi, syarikat penghantaran itu akhirnya memberi penjelasan serta mengembalikan semula perkhidmatan buat lelaki terbabit bagi menjernihkan keadaan.

Susulan itu, ‘rider’ MatKibot berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyokongnya sejak video memaparkan tindakan warga Singapura itu ditularkan.

image is not available 1 hari lalu

Gara-Gara Tegur Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, 'Rider' Hilang Pekerjaan