Beri kepercayaan kepada Shukor Adan -- Bekas Pengurus Harimau Malaya

LocalFootball
21 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Beri kepercayaan kepada Shukor Adan -- Bekas Pengurus Harimau Malaya

Selepas 16 tahun menanti emas bola sepak Sukan SEA, Malaysia perlu memberi kepercayaan kepada kemampuan jurulatih tempatan dengan Shukor Adan dilihat sebagai calon sesuai untuk mengemudi skuad B-23 negara dalam edisi di laman sendiri pada 2027.

Bekas pengurus Harimau Malaya, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar, berpandangan tiada keperluan untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapatkan jurulatih luar negara untuk tugasan Sukan SEA.

"Beri ruang dan peluang kepada jurulatih sedia ada seperti Shukor Adan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Saya rasa dengan prestasi ditunjukkan, dia mampu menghadirkan emas buat negara dan FAM perlu menitikberatkan siapa di belakang untuk membantu Shukor Adan kerana ia lebih memainkan peranan.

"Saya rasa Shukor amat layak untuk memberikan nafas tempatan buat skuad B-23 Malaysia kerana ia (Sukan SEA) sekadar sukan serantau."

Kali terakhir Malaysia meraih emas Sukan SEA ialah dalam edisi 2011 di Jakarta, Indonesia dan ketika menjadi tuan rumah pada 2017, skuad negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved