
Tuaran: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menasihatkan orang ramai agar memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kematian Zara Qairina Mahathir.
Beliau berkata kerajaan negeri amat bersimpati dengan situasi itu dan memohon orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau membuat pelbagai andaian.
“Kita tunggu proses undang-undang berjalan sebaik mungkin dan selepas itu kita akan tahu apa punca kejadian. Sekarang ini, bermacam-macam sudah andaian yang saya dapati tidak betul.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Jadi, kita jangan buat andaian dan beri kepercayaan kepada pihak polis untuk menyiasat dan nanti akan diumumkan apa hasil siasatan jika selesai,” katanya pada Majlis Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama 2025 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kampung Lok Batik di sini, Ahad.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak berkuasa menggali kubur Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang dan selesai pada jam 7.15 malam, Sabtu.
Jenazah Zara Qairina dibawa keluar dari kawasan tanah perkuburan berkenaan menggunakan trak polis sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk proses bedah siasat pada Ahad.
Pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar itu dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

