Musa Aman arah siasat kes Zara Qairina tanpa rasa takut atau pilih kasih!

LocalPolitics
11 Aug 2025 • 8:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian tragis Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Musa Aman arah kes disiasat dengan telus

Menurut kenyataan rasmi Istana Seri Kinabalu hari ini, bedah siasat telah dilakukan pada Ahad lalu dan siasatan kini sedang dijalankan sementara menunggu keputusan hasil bedah siasat tersebut.

“Siasatan ini mestilah dilaksanakan dengan penuh ketelitian, tanpa rasa takut atau pilih kasih, berlandaskan kebenaran dan keadilan. Setiap aspek mesti disiasat sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.

image is not available

Musa Aman mohon orang ramai beri ruang siasatan dilakukan

Tambah kenyataan itu lagi, menuntut keadilan bukanlah satu bentuk pembalasan, sebaliknya ia adalah perintah Allah SWT untuk melindungi yang lemah dan menghukum mereka yang bersalah.

Dalam masa sama, Istana Seri Kinabalu juga menyeru orang ramai, khususnya pengguna media sosial, agar tidak membuat spekulasi, menyebarkan tuduhan tidak berasas atau menggalakkan teori konspirasi yang boleh menjejaskan integriti siasatan serta menambah kesedihan keluarga mangsa.

“Semua pihak perlu memberi ruang kepada proses undang-undang untuk berjalan dengan adil serta berdiri seiring dengan keluarga Zara dalam mencari jawapan dan penyelesaian kes ini,” ujarnya lagi.

image is not available

Sampaikan salam takziah kepada ahli keluarga allahyarham

Sementara itu, Tun Musa dan isteri turut merakamkan ucapan takziah serta simpati kepada keluarga Allahyarhamah, sambil mendoakan agar mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan berat ini.

image is not available

Majlis Tahlil dan Doa Peringkat Negeri untuk Allahyarhamah Zara akan diadakan pada Khamis, selepas solat Maghrib di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, dan secara serentak di semua masjid dan surau di seluruh Sabah.

Tun Musa turut menggalakkan umat Islam untuk hadir ke majlis berkenaan, manakala mereka yang bukan beragama Islam disaran berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

Sumber: Bernama TV