Beri Komen Berbaur Sensitif Tentang Palestin, Netizen Bandingkan Sikap Azhar Sulaiman Dengan Leona

17 May 2024 • 11:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Susulan kritikan yang dilontarkan terhadap penyokong-penyokong gerakan Blockout 2024, pelakon Azhar Sulaiman teruk dikritik warganet di satu platform media sosial.

Menerusi beberapa tangkap layar komen Azhar di Instagram, dapat dilihat pelakon berusia 53 tahun itu mengarahkan penyokong aktiviti memboikot tersebut untuk pergi sendiri ke Palestin berbanding hanya bercakap dalam dunia maya. 

"Buang masa nak mempertahankan Hamas...

Dalam masa sama, pelakon yang popular menerusi filem Abang 92 itu juga seolah-olah menyalahkan pejuang Hamas sebagai penyebab kehancuran di Gaza.

“Kamu semua patut pergi ke Gaza sekarang tolong orang di sana bukan buang masa nak mempertahankan Hamas serang pada 7 Oktober tu berbaloi. Gaza dah hancur nak cakap apa lagi,” tulis Azhar.

Azhar Sulaiman Dibidas Netizen

Lantaran kenyataan itu, rata-rata netizen mula membidas kata-kata Azhar serta membandingkan sikap dirinya dengan anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang tetap pendirian menyokong Palestin.

“Bayangkan walaupun ada kaitan darah tapi tetap berani menentang sikap bapa dia yang memalukan, itulah kekuatan sebenar!”

“Hari tu bapa dia cakap tak nak anak dia buat benda bodoh, tapi ini anak dia yang lagi bijak daripada dia,”

“Bukti kebodohan tidak diwarisi.”
 




 

Sekadar info, kempen Blockout 2024 juga tular di seluruh dunia di mana gerakan itu menyarankan untuk memboikot mana-mana artis atau pempengaruh yang tidak menggunakan platform mereka untuk bersuara tentang Palestin.

Beberapa artis tanah air turut terkesan dengan gerakan itu sehinggakan ada yang meminta maaf atas tindakan mempromosikan barangan yang didakwa menyumbang kepada Israel.

Sumber: Platform X