
Semalam, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar tampil menafikan dakwaan kakak kononnya dia bernikah tanpa pengetahuan keluarga.
Menurut Abang Viva, dia sebenarnya sudah beritahu hasrat mahu nikah kepada ayah sebanyak tiga kali, manakala ibu sebanyak lima kali.
Abang Viva dalam sesi live itu turut mengaku keluarganya kurang bersetuju dengan pilihan hatinya, Evanoza.
“Beri mereka ruang”
Dalam hal ini, isteri Abang Viva sudah tentu mendapat tempiasnya apabila ramai yang mengkritiknya kerana berkahwin tanpa restu orang tua.
Di TikTok, Evanoza dilihat tenang menjawab semua persoalan netizen di ruangan komen perkongsiannya. Dia memohon suaminya diberikan ruang untuk selesaikan isu dengan adik beradik terlebih dahulu.
Katanya lagi, ibu bapa mentuanya sudah okay dan dia memohon semoga netizen dapat mendoakan yang terbaik.






Air dicincang tak akan putus, semoga apa yang berlaku ini ada hikmahnya mengeratkan lagi hubungan kasih sayang keluarga. Amin.
Kredit: TikTok Evanoza
The post “Beri Mereka Ruang Selesai Isu Adik Beradik, Mak Ayah Dah Ok” – Isteri Abang Viva Tenang Hadap Kritikan appeared first on Oh! Media.


