Didakwa Kahwin Tanpa Pengetahuan Keluarga, Abang Viva Akhirnya Buka Mulut

Entertainment
22 Oct 2022 • 1:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun negara masih belum dalam musim banjir, nama Abang Viva mula menjadi perhatian netizen. Ini kerana baru-baru ini, tular di media sosial bahawa Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar didakwa telah berkahwin tanpa restu dan pengetahuan keluarga.

image is not available

Tampil menjelaskan situasi itu, Azwan telah menjawab dakwaan tersebut menerusi Facebook Live malam semalam. Memetik laporan dari mStar, Azwan memohon semua pihak agak mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga dan memberikan dirinya ruang untuk menyelesaikan salah faham yang berbangkit secara tenang dan tertutup bersama keluarganya.

Doakan kami dan kami akan bincang secara tertutup. Saya memang akan balik ke rumah ibu bapa, itu sudah pasti… Insya Allah, ” katanya.

image is not available

Mengulas dakwaan kononnya dia berkahwin tanpa pengetahuan ibu dan bapa, Azwan dengan tegas menafikan perkara berkenaan selain turut menunjukkan paparan perbualannya bersama ibu di aplikasi WhatsApp, sebagai bukti.

Dalam Facebook Live itu, Abang Viva juga menegaskan yang beliau telah telah memebritahu ayahnya sebanyak tiga kali akan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga.

Manakala beliau turut memberitahu ibunya sebanyak lima kali. Isu yang timbul bukanlah mengenai kahwin tanpa pengetahuan, cuma ibubapa beliau tidak bersetuju dengan calon yang dipilihnya.

image is not available

Tambah Azwan, beliau dan isteri telah sepakat untuk bernikah lebih awal dari tarikh asal yang sepatutnya dilangsungkan pada Disember. Ini dilakukan atas sebab-sebab tertentu bagi mengelakkan fitnah dan salah faham orang ramai.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.