Beri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid

Politics
9 Jun 2023 • 12:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar sempena PAU 2023 di Dewan Merdeka, WTCKL pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - UMNO menggesa semua pihak agar memberi peluang kepada kerajaan Malaysia Madani menterjemahkan setiap agenda mereka seperti yang telah dijanjikan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia kerana dalam tempoh tujuh bulan sejak Kerajaan Perpaduan terbentuk, ada suara sumbang kedengaran mendakwa banyak 'game changer' belum terlaksana.

"Berilah peluang kepada kerajaan ini untuk menterjemah agenda yang telah dijanjikan dan dirancang untuk dilaksanakan dengan dukungan kakitangan awam, yang berpegang kepada prinsip menumpahkan taat setia kepada kerajaan semasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved