Beri penghargaan tertinggi terhadap jasa dan pengorbanan PDRM: Fadillah

18 Mar 2023 • 2:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengajak masyarakat mendedikasikan penghargaan tertinggi kepada seluruh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang rela berkorban masa dan nyawa demi rakyat dan negara.

Dalam catatan di Facebook sempena Peringatan Hari Polis Ke-216 yang akan disambut pada Isnin ini, Fadillah turut mendoakan agar kesemua wira negara terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk berkhidmat demi rakyat dan negara tercinta.

“Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan negara tercinta.

“Saya mendoakan kesejahteraan seluruh warga PDRM. Moga kesemua wira negara ini terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk berkhidmat demi rakyat dan negara,” katanya.

Sambutan kali ini mengekalkan tema sama ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 akan diadakan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini pada Isnin ini. - Bernama