Beri Penghormatan Terakhir Buat Akira Toriyama, 20,000 Peminat Argentina Berkumpul Buat ‘Genki-Dama’

Music
12 Mar 2024 • 12:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di media sosial orang ramai berkumpul bagi beri penghormatan terakhir buat pemergian pencipta siri anime legenda Dragon Ball, Akira Toriyama di Argentina baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di X, @Rainmaker1973 telah memuat naik satu video memaparkan orang ramai berkumpul di hadapan bangunan bersejarah Obelisk, Buenos Aires.

Pada video tersebut, orang ramai yang menghadiri penghormatan terakhir itu kelihatan sedang melakukan ‘Genki-Dama’, salah satu gerakan ikonik milik watak utama siri itu iaitu Son Goku.

Sebagai konteks, gerakan ‘Genki-Dama’ merupakan salah satu teknik Son Goku untuk meminjam tenaga daripada seluruh penduduk dunia dalam siri anime itu dan dilakukan dengan mengangkat tangan ke udara.

Pada ruangan kapsyen video itu pula, @Rainmaker1973 berkata lebih kurang 20,000 hingga 30,000 peminat siri Dragon Ball telah menyertai perhimpunan itu.

Selain di Argentina, peminat-peminat Dragon Ball di beberapa tempat lain seperti Mexico City turut berkumpul bagi memberikan penghormatan terakhir mereka.

Peminat di Mexico City juga melakukan gerakan yang sama iaitu ‘Genki-Dama’, seakan-akan mahu memberikan kuasa kepada mendiang Akira Toriyama.

Beri penghormatan terakhir buat Akira Toriyama

Terdahulu, mendiang Akira Toritama dilaporkan meninggal pada 1 Mac yang lalu akibat menderita akut hematoma subdural.

Namun begitu, keluarga mendiang hanya memaklumkan kematiannya kepada umum pada 8 Mac lalu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi X Dragon Ball Official.