
TAWAU: Kerajaan Persekutuan diharap memberi perhatian dan peruntukkan lebih kepada Sabah untuk menangani isu kemudahan asas sekolah-sekolah di negeri ini yang memerlukan penambah-baikan, khususnya sekolah luar bandar berstatus daif.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata masih banyak sekolah berstatus daif di Sabah yang berdepan isu kemudahan asas tidak sempurna dan perlu ditingkatkan dan dinaiktaraf demi keselesaan serta keselamatan pelajar.
“Saya percaya pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) memang sudah berusaha untuk menyampaikan maklumat berkaitan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan saya berharap mereka tidak berputus-asa mendapatkan peruntukkan bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

