Gempa bumi: Malaysia salur lebih AS$2 juta kepada Turkiye, Syria

Politics
8 Feb 2023 • 2:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Malaysia menyalurkan lebih AS$2 juta kepada Turkiye dan Syria susulan gempa bumi kuat yang berlaku di negara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut termasuklah sumbangan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebanyak AS$1 juta dan kerajaan Malaysia AS$1 juta.

"Majlis Agama Wilayah Persekutuan akan membuat sumbangan tambahan sebanyak RM1 juta," katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di sini pada Rabu.

Menurut beliau, bantuan yang disumbangkan rakyat juga akan disalurkan kepada kedua-dua negara itu.

"Di Syria, ia akan disalurkan melalui Palang Merah Antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan akan menghantar kumpulan kedua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye.

"Pasukan itu terdiri daripada masing-masing 20 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang akan berlepas malam ini (Rabu) menerusi penerbangan yang diuruskan oleh Turkiye," katanya.

Tambah beliau, keputusan menghantar pasukan itu dibuat susulan permintaan Turkiye.

"Mereka berasa selesa dengan pasukan pertama," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Pertahanan sedang menyediakan pasukan perubatan dan paramedik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk diterbangkan ke Turkiye untuk membina hospital medan yang mampu disiapkan dalam tempoh 48 jam.

"Kita masih menunggu sekiranya ada keperluan di Turkiye," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved