“Beri Saya Peluang Untuk Berubah” – Tular Cikgu Praktikal Buat Konten Ketika Mengajar, Guru Mohon Maaf & Akui Khilaf

22 Sep 2026 • 10:08 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Beri Saya Peluang Untuk Berubah” – Tular Cikgu Praktikal Buat Konten Ketika Mengajar, Guru Mohon Maaf & Akui Khilaf

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seorang guru praktikal dikenali sebagai Cikgu Asyiqin tampil memohon maaf dan mengakui khilaf atas kesilapannya selain menerima semua teguran oleh semua pihak.

Sebelum ini, tular klip video di laman Threads menunjukkan guru tersebut membuat konten semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung selain mempromosi produk minyak wangi kepada anak murid.

Malah dia yang sedang mengajar di dalam sebuah kelas juga dilihat memakai mekap yang tebal.

Perkara itu kemudiannya telah menjadi topik hangat dalam kalangan netizen serta tenaga pengajar yang rata-ratanya berpendapat bahawa guru praktikal itu tidak bersikap profesional.

‘Berjanji Tidak Akan Ulangi Kesilapan Sama’ – Cikgu Praktikal

Cikgu Asyiqin dalam satu hantaran hari ini (22 September) berkata dia tidak akan mengulangi kesilapan sama dan telah pun menurunkan semua posting berkaitan dengan profesion perguruannya di semua akaun media sosial.

“Saya mengakui kesilapan tersebut dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku. Saya berjanji untuk tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang.

“Saya juga menurunkan semua video melibatkan pihak sekolah dan profesion perguruan daripada platform saya. 

“Saya menerima secara terbuka segala teguran dan kritikan yang diberikan secara wajar. Saya menghargai teguran tersebut sebagai satu pengajaran dan ruang untuk saya memperbaiki diri. Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan,” katanya.

Ada Pihak Muat Naik Semula Video Cikgu Praktikal Dengan Tajuk & Konteks Mengelirukan

Dalam pada itu, Cikgu Asyiqin juga mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab yang memuat naik semula video dan membuat hantaran membabitkan guru tersebut tanpa kebenaran selain menggunakan tajuk atau konteks yang mengelirukan.

Jelasnya, pihak tersebut yang dipercayai geng affiliate memuat naik semula videonya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.

Baca Artikel Berkaitan: Threads Jadi Lubuk Geng Affiliate Sebar Aib & Promote Link Demi Kaut Untung

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Geng Affiliate, Letak Foto Scan Bayi & Reka Cerita Konon Anak OKU Demi Promote Link

Baca Artikel Berkaitan: “Jadilah Affiliate Yang Jujur” – Trend ‘Pancing’ Netizen Klik Link Kononnya Konten Viral Buat Ramai Bengang

Minta Semua Posting Tanpa Kebenaran Diturunkan Dalam Masa 24 Jam Sebelum Tindakan Saman Diambil

Bagi membendung perkara itu daripada tersebar dengan lebih meluas, Cikgu Asyiqin meminta pihak terlibat untuk menurunkan hantaran tersebut dalam masa 24 jam sebelum dia mengambil tindakan undang-undang dan memfailkan saman.

View on Threads

Cikgu Praktikal Pertimbang Ambil Tindakan Jika Posting Tak Diturunkan

Menurutnya, dia telah pun membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta mendapatkan khidmat nasihat peguam berhubung beberapa hantaran yang dimuat naik netizen mengenainya.

“Pihak berkuasa juga akan menjalankan siasatan serta mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan, termasuk identiti di sebalik akaun tersebut sekiranya diperlukan.

“Sehubungan itu, saya meminta pihak yang terlibat untuk menurunkan posting berkaitan dalam tempoh 24 jam daripada notis ini.

“Sekiranya posting tersebut tidak diturunkan, saya akan mempertimbangkan dan meneruskan tindakan undang-undang selanjutnya melalui saluran yang sewajarnya. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa perlu berpanjangan,” tambahnya.

“Saya Belajar Dari Kesilapan, Akan Ubah Cara Berpakaian, Makeup & Baiki Tutur Kata” – Cikgu Praktikal

Menerusi hantaran berbeza, Cikgu Asyiqin sekali lagi memohon maaf dan meminta orang ramai memberi peluang kepadanya untuk berubah serta belajar dari kesilapan.

“Saya minta maaf kerana perbuatan, kata-kata dan tindakan saya mengundang kemarahan ramai. Saya akui itu salah dan saya minta maaf. Maafkan saya. Berikan saya peluang untuk berubah.

“Laporan polis saya buat untuk akaun-akaun palsu yang menggunakan video saya untuk keuntungan. Saman akan diteruskan jika video tak diturunkan dalam tempoh 24 jam.

“Saya belajar dari kesilapan. Saya akan ubah cara berpakaian, makeup dan baiki tutur kata. Saya minta maaf,” katanya.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Jadikan Murid Sebagai ‘Content’ Di Media Sosial Bakal Berdepan Tindakan – Menteri Pendidikan

Baca Artikel Berkaitan: Guru Dikecam Netizen Kerana Buat ‘Live’ Di TikTok Semasa Mengajar

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Niat Ceroboh Privasi, Guru Jelas Video Selongkar Beg Pelajar Hanya ‘Sponsored Content’

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved