Berita baik buat pendidik esok

15 May 2023 • 2:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

MELAKA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membayangkan beberapa berita gembira akan diumumkannya sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh esok.

Beliau berkata, pengumuman itu dijangka memberi semangat serta impak terhadap keseluruhan ekosistem pendidikan negara.

“Tunggu esok, insya Allah ada beberapa perkara yang saya fikir (akan diumumkan esok) untuk kita bagi semangat kepada guru-guru kita dan keseluruhan ekosistem pendidikan dan negara,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2023 di MITC Ayer Keroh.

Katanya, penghormatan sewajarnya perlu diberikan kepada pendidik jika mahu melihat Malaysia membangun sebagai negara bangsa kuat.

SPONSORED CONTENT VANZO X Marvel Series Car Vent Perfume: VANZO Car Perfume Brand Teams Up with Marvel for Disney's 100th Anniversary Celebration Kota Kinabalu: In honour of Disney's 100th anniversary, Marvel superheroes and VANZO have teamed up to launch a new "Superhero Scent" series of car perfume, “VANZO x Marvel Series Car Vent Perfume”. Read more “Refleksi guru bangsa ini akan memberikan refleksi kepada kekuatan dan jati diri yang kuat kepada rakyatnya.

“Biar orang (luar) melihat rakyat Malaysia, orang (luar akan) ingat guru-guru bangsa inilah yang telah mendidik rakyat Malaysia sehingga menjadi rakyat yang kuat jati diri…maknanya kekuatan bangsa itu lahir daripada kekuatan guru-gurunya.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.