
Berapa ramai kat sini yang minat dengan sushi ♀️
Berita Baik Buat Penggemar Sushi, Empire Sushi Pertama Di Sarawak Bakal Mula Beroperasi 21 Jun Ini. Setelah beberapa tahun rakyat Sarawak memohon agar cawangan Empire Sushi ini dibuka di Sarawak, akhirnya menjadi kenyataan.
Cawangan Empire Sushi Sarawak ini terletak di Lower Ground Vivacity Megamall, Kuching. Vivacity Megamall akan menjadi destinasi terbaru bagi peminat sushi dan makanan Jepun di Kuching.

Harga sushi serendah RM 1.30 rasanya juga enak dan memuaskan!
Menawarkan pengalaman makanan yang memuaskan, dengan harga yang berpatutan, Empire Sushi ini merupakan rangkaian kiosk sushi yang mudah dan pantas untuk anda.
Dengan bahan-bahan segar, pelbagai pilihan sushi, juga harga yang berpatutan, tak hairanlah selalu ada barisan panjang di mana-mana cawangan Empire Sushi ni.

Jadi, buat anda yang mahu ‘merasmi’ Empire Sushi pertama di Sarawak, lock the date!
Pilihan sushi yang ditawarkan di Empire Sushi juga cukup banyak sehingga boleh buatkan anda rambang mata. Dan yang paling penting sekali, ianya disahkan HALAL oleh JAKIM.
47 outlet Empire Sushi di seluruh Malaysia adalah merupakan pemegang sijil HALAL JAKIM. Manakala beberapa outlet yang baharu dalam proses mendapatkan sijil halal ini secara berperingkat.




