Berita Baik, Cawangan Ketiga Zus Coffee Bakal Dibuka Di Aeon Mall Kuching

19 Jul 2023 • 11:36 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik buat coffee lover

Berita Baik, Cawangan Ketiga Zus Coffee Bakal Dibuka Di Aeon Mall Kuching. Buat penggemar kopi di luar sana, kami ada berita baik untuk anda! Jenama kopi tempatan kegemaran rakyat Malaysia kini bakal membuka satu lagi cawangannya di Kuching.

Untuk info, Zus Coffee telah pun mendarat ke Kuching buat pertama kalinya dan cawangan pertama mereka beroperasi di Vivacity Kuching.

image is not available
Berita Baik, Cawangan Ketiga Zus Coffee Bakal Dibuka Di Aeon Mall Kuching. Kredit: Facebook

Facebook Aeon Mall Kuching turut menyeru orang ramai agar mengikuti perkembangan pembukaan Zus Coffee ini untuk menikmati potongan harga dan juga promosi hebat dari mereka.

Bagi anda yang malas bersesak ke pusat beli belah Vivacity, apa kata anda ke Aeon Mall kerana mereka bakal membuka cawangan baru mereka di situ.

image is not available

Yang pasti, jangan lupa untuk mencuba beberapa menu best-seller mereka di sini!

Difahamkan, antara produk mereka yang highly recommended menurut para pencinta kopi adalah Spanish latte dan buttercream latte!

image is not available

Bahkan, harga minuman yang ditawarkan mereka juga berpatutan tetapi dengan cita rasa mewah.

Baca lagi artikel menarik: