Berita Baik, Jalan Empat Lorong 2 Hala Pan Borneo Di Tatau Bakal Dibuka 30 Januari Ini

28 Jan 2024 • 11:14 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jalan empat lorong 2 hala Lebuhraya Pan Borneo akan dibuka

Berita Baik, Jalan Empat Lorong 2 Hala Pan Borneo Di Tatau Bakal Dibuka 30 Januari Ini. Dilaporkan bahawa jalan empat lorong dua hala Lebuhraya Pan Borneo di KM 84 hingga KM 59 menghampiri Pekan Tatau Bintulu akan dibuka pada 30 Januari 2024.

Dalam sebuah notis yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, pihak mereka menasihati agar pengguna sentiasa mematuhi Pusingan P di beberapa lokasi.

image is not available
Berita Baik, Jalan Empat Lorong 2 Hala Pan Borneo Di Tatau Bakal Dibuka 30 Januari Ini

image is not available

Pusingan P Lebuhraya Pan Borneo

Pusingan P di Lebuhraya Pan Borneo ini dikatakan di KM 59, KM60 dan KM 62.

Oleh demikian, para pengguna jalanraya diingati untuk berhati-hati di simpang masuk ke Pekan Tatau, IPD Tatau dan simpang masuk ke Dewan Suarah serta Masjid Tatau.

image is not available

Lebuhraya Pan Borneo ini menjamin perjalanan yang lancar terutamanya bagi orang ramai yang hendak balik kampung di musim perayaan atau musim cuti.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/airasia-kini-tawar-penerbangan-direct-kuching-penang/

https://www.iloveborneo.my/satok-semarak-dan-sukma-ria-dipilih-sebagai-lokasi-bazar-ramadan-2024/