
Baucar Buku MADANI 2026 akan mula boleh ditebus oleh pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) bermula Julai ini.
Inisiatif bernilai RM100 seorang ini bertujuan menggalakkan budaya membaca serta membantu pelajar mendapatkan bahan bacaan dan rujukan yang diperlukan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Baucar Buku Madani 2026.
Apa itu Baucar Buku Madani 2026
Baucar Buku MADANI 2026 merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI untuk membantu pelajar mendapatkan bahan bacaan dan buku rujukan bagi tujuan pembelajaran.
Program ini turut bertujuan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan generasi muda serta menyokong pertumbuhan industri buku negara.
Bantuan ini melibatkan:
- Pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Mahasiswa IPT di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Menurut beliau, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar, meringankan beban kewangan mereka serta memastikan pendidikan dan akses kepada buku terus diberikan keutamaan.
@beritaalhijrah114 Setiap pelajar sekolah menengah (bawah Kementerian Pendidikan Malaysia) dan institusi pengajian tinggi awam akan terus menerima baucar buku RM 100. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara tersebut di Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah
Jumlah Baucar Buku MADANI
Program Baucar Buku MADANI 2026 pada kali ini menawarkan nilai baucar yang sama iaitu sebanyak RM100 untuk setiap penebusan.
Tarikh Penebusan
Tarikh penebusan baucar ini boleh dibuat mulai Julai 2026.
Cara Penebusan Baucar
Penebusan secara digital boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web BookCapital atau terus ke mall.bookcapital.com.my.
- Log masuk menggunakan akaun DELIMa pelajar.
- Kredit baucar sebanyak RM100 akan dipaparkan dan dikreditkan ke dalam akaun yang layak.
- Pilih buku atau bahan bacaan yang ingin dibeli.
- Buat pembayaran semasa proses checkout menggunakan kredit baucar yang tersedia.
- Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat pelajar yang didaftarkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Baucar Buku Guru ini, sila ikuti laman web rasmi / Facebook PBAKL , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).





