Semakan Keputusan PSPM Semester II & IV- Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

LocalBusiness & Finance
23 Jun 2026 • 11:36 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) bagi Semester II & IV, Sesi 2025/2026 boleh dibuat mulai 24 Jun 2026 menerusi pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.

Rujuk cara membuat semakan dalam artikel ini selanjutnya.

peperiksaan matrikulasi

Mengenai PSPM

PSPM atau Peperiksaan Semester Program Matrikulasi merupakan peperiksaan akhir bagi pelajar yang mengikuti program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Peperiksaan ini diadakan pada setiap hujung semester pengajian untuk menentukan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) pelajar.

Subjek yang akan dinilai ialah semua matapelajaran Teras dan Bahasa Inggeris yang dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM).

Tarikh Semakan

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) SESI 2025/2026Calon PSPM, bagi Semester II & IV, Sesi 2025/2026 boleh dibuat mulai 24 Jun 2026 (Rabu).

Image from: Semakan Keputusan PSPM Semester II & IV- Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

Cara Semakan Keputusan PSPM (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi)

PENGUMUMAN DAN KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) SESI 2025/2026 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh dibuat pada 24 Jun 2026 (Rabu) mulai 10.00 pagi.

Calon PSPM boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

1. Laman Web Rasmi
https://matrikulasi.moe.gov.my/.
i. Pilih “Semakan Peperiksaan”
ii. Masukkan Nombor Matrik dan 6 digit terakhir nombor kad pengenalan (Calon boleh muat turun slip keputusan peperiksaan)

2. Secara manual / telefon
i. Kolej masing-masing
ii. Bahagian Matrikulasi KPM: 03-8884 4083 atau 03-8884 4020

Image from: Semakan Keputusan PSPM Semester II & IV- Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan

Permohonan semak semula boleh dibuat mulai 24 Jun hingga 7 Julai 2026 melalui langkah langkah berikut:

Permohonan semak semula keputusan PSPM boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun dokumen berkaitan permohonan melalui https://bit.ly/SemakSemulaSEMIIIV
  2. Permohonan semak semula melalui https://reskor.assessment.com.my/
  3. Pembayaran melalui https://ipayment.anm.gov.my/

Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.
*Tarikh akhir penerimaan di kolej tertakluk kepada ketetapan pengurusan kolej masing-masing.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan PSPM?

PSPM ialah peperiksaan akhir bagi pelajar yang mengikuti program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diadakan pada setiap hujung semester pengajian untuk menentukan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) pelajar.

Bilakah tarikh semakan bagi semester II & IV boleh dibuat?

Tarikh semakan semester II & IV boleh dibuat mulai 24 Jun 2026 (Rabu).

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan PSPM?

i- Melalui laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.
ii- Menghubungi kolej masing-masing atau Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4083 atau 03-8884 4020.

Adakah saya boleh membuat semakan semula keputusan peperiksaan yang diterima?

Ya. Pelajar boleh membuat semakan semula sekiranya tidak berpuas hati.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan semula?

– Muat turun dokumen berkaitan permohonan melalui https://bit.ly/SemakSemulaSEMIIIV
– Permohonan semak semula melalui https://reskor.assessment.com.my/
– Pembayaran melalui https://ipayment.anm.gov.my/

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi
https://matrikulasi.moe.gov.my/ atau ikuti media sosial rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca juga: Matrikulasi Ambilan Ketiga 2026: Semakan Keputusan Rayuan Dibuka 22 Jun

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved