
Berita baik untuk semua rakyat Sarawak, mudah untuk buat pembayaran parking dengan tambah nilai yang sedikit
Berita Baik, Tambah Nilai Minimum Sarawak Pay Hanya RM10. Maklumat baik ini menarik perhatian ramai apabila ada yang berkongsi posting mengenai aplikasi Sarawak Pay, di mana tambah nilai minimum hanya RM10, bermula semalam, Khamis.
Menerusi perkongsian di laman Facebook dari ‘group’ Sarawak Covid-19 Awareness Group (Public) itu, individu tersebut menyatakan berita baik untuk semua rakyat Sarawak, kerana difahamkan tambah nilai minimum Sarawak Pay sebelum ini ialah RM30.

Ada yang bersetuju, ada juga memberi cadangan yang lebih baik
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju bersetuju dan berpuas hati dengan tambah nilai RM10 kerana tidak perlu menambah nilai RM30 seperti sebelum ini semata-mata untuk membayar ‘parking’ di pusat beli-belah, Kuching.
“Akhirnya, gara-gara nak bayar parking kena topup RM30, terutama sekali di pusat beli belas VivaCity,” ujar salah seorang pengguna Facebook kerana lega mendengar maklumat yang baik ini.

Bukan itu sahaja, malah ada yang berkata, aplikasi Sarawak Pay biasanya bermasalah sehingga menyukarkan pembayaran lain seperti bil Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak yang tidak dikemas kini dalam aplikasi tersebut.
“Bil JBALB tak update dalam aplikasi dalam beberapa bulan, terpaksa bayar ikut manual dekat kaunter,” kata pengguna Facebook yang kecewa dengan aplikasi Sarawak Pay.
Untuk makluman, Sarawak Pay telah dijenamakan semula sebagai S Pay Global selari dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak ketika majlis pelancaran kerjasama diantara Sarawak Pay dan juga UnionPay.
Kerjasama tersebut sebelum ini telah memberi fungsi tambahan kepada Sarawak Pay di mana ianya boleh digunakan di kesemua merchant UNIONPAY.

