Lagi Banyak Pilihan Makanan, Zainab Family Food Court Bakal Dibuka Di Summer Mall

28 Mar 2023 • 8:34 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik buat warga Samarahan!

Lagi Banyak Pilihan Makanan, Zainab Family Food Court Bakal Dibuka Di Summer Mall. Setelah kafe Bask Bear pertama di Sarawak kini dibuka di Summermall, kini Zainab Family Food Court pula bakal tambah meriahkan suasana.

Bagi anda yang sering ke Kuching dan pernah singgah ke mana-mana foodcourt di Matang, anda pasti tahu Zainab Family Food Court.

image is not available
Lagi Banyak Pilihan Makanan, Zainab Family Food Court Bakal Dibuka Di Summermall.

Pelanggan dapat menikmati pelbagai jenis makanan yang memuaskan selera mereka di satu tempat sahaja.

Zainab Family Food Court bakal menjadi salah satu tarikan utama bagi pengunjung yang ingin menikmati hidangan yang beraneka dan lazat yang dapat memenuhi selera pelanggan.

Disini, mereka menawarkan pelbagai jenis makanan seperti makanan tempatan dan juga makanan western.

Dengan adanya Zainab Family Food Court di Summermall, pelanggan dapat menikmati pelbagai jenis makanan yang memuaskan selera mereka di satu tempat sahaja. Ini pasti akan menjadi tambahan yang bagus untuk pengalaman membeli-belah dan makan di Summermall.

image is not available

Zainab Family Food Court ini bakal dibuka di aras dua. Oleh itu kawasan itu ditutup untuk pengubahsuaian.Selain itu, pihak pengurusan Summer Mall turut memuatnaik bahawa Roti Boy bakal dibuka tidak lama lagi!

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: