Berita Baik Untuk Warga Sibu, Subway Kini Buka Cawangan Pertamanya Di Hann’s Esplanade

18 Oct 2022 • 4:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Baru beroperasi mulai hari ini

Berita Baik Untuk Warga Sibu, Subway Kini Buka Cawangan Pertamanya Di Hann’s Esplanade. Khabar gembira untuk warga Sibu, kini anda tidak perlu lagi terbang jauh ke Miri mahu pun ke Kuching untuk mendapatkan sandwich daripada Subway kerana francais tersebut telah pun meluaskan cawangannya ke Sibu.

image is not available
Berita Baik Untuk Warga Sibu, Subway Kini Buka Cawangan Pertamanya Di Hann’s Esplanade. Sumber: I Love Sibu

Bertempat di Hann’s Residence, Subway kini membuka cawangan pertamanya di Sibu dan hari ini merupakan hari pertama mereka beroperasi di Sibu.

Oleh itu, para penggemar sandwich daripada francais terkenal itu bolehlah kunjungi Subway di Hann’s Esplanade.

Waktu dan lokasi operasi

Difahamkan, Subway ini dibuka setiap hari dan dibuka pada jam 10 pagi sehingga 10 malam.

image is not available

Lokasinya pula bertempat di Hann’s Esplanade, Jalan Wong King Huo.

Lagi tempat makan menarik di Sibu: