Buat Julung Kalinya Di Borneo, Zus Coffee Bakal Buka Cawangan Di Sabah

13 Oct 2022 • 12:05 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik buat penggemar kopi di Sabah!

Buat Julung Kalinya Di Borneo, Zus Coffee Bakal Buka Cawangan Di Sabah. Baru-baru ini telah tular satu perkongsian di laman Twitter di mana kedai kopi yang terkemuka ini buat julung kalinya bakal buka cawangan pertamanya di Sabah.

Siapa yang pernah cuba kopi di kafe ini, pasti tidak dapat melupakan keenakan dan nikmat rasa kopi yang dibru ini. Tak lain tak bukan, mestilah Zus Coffee!

image is not available
Buat Julung Kalinya Di Borneo, Zus Coffee Bakal Buka Cawangan Di Sabah

Tak sabarnyaaa

Terbaharu, menerusi ciapan di laman Twitter milik @sabah_netizen, bahawa cawangan pertama di Sabah bakal dibuka di ITCC, Penampang. Kongsian ini sememangnya berita baik buat penggemar kopi di luar sana!

Zus Coffee merupakan salah satu kafe yang hidangkan kopi yang digemari ramai tanpa mengira usia. Dengan bahan-bahan berkualiti terbaik dan teknologi pembuatan kopi peringkat tinggi, anda boleh dapatkan kopi ini pada harga yang mampu milik.

image is not available
Sumber gambar: Twitter @sabah_netizen

Wahh nice betul dia punya teaser! Smooth je…

Dua hari yang lepas menerusi laman Instagram rasmi milik Zus Coffee, mereka telah berkongsi satu teaser di mana mereka memuat naik gambar kopi tersebut beserta kapsyen:

Bah, jom BERKUPI. Bah bila mau mengopi? We’ll be there soon. Nda payah tunggu dah. Jangan kasi alasan, kasi on saja.”

@zus.coffee

https://www.instagram.com/p/CjfjZxNrOPC/

image is not available

Bolehla usha menu dulu, sebelum serbu ke Zus Coffeeimage is not available

Buat anda yang tengah bersiap sedia untuk mencuba keenakan kopi di Zus Coffee, anda boleh layari laman web rasmi mereka untuk melihat menu yang tersedia. Bukan setakat kopi sahaja, di sini juga tersedia pastri yang enak.

Jika anda bukan penggemar kopi, di sini juga tersedia air non-caffeinated seperti air coklat, frappe, dan juga teh. Wahh semuanya ada, tak hairanlah Zus Coffee ini jenama tempatan yang digemari ramai.

Pada masa ini, masih belum ada tarikh cawangan ini bakal siap. Usah risau! Kami akan bagi informasi selanjutnya apabila sudah diumumkan tariknya.

Selain itu, Bumblebee juga dalam proses membuka cawangan pertamanya di Borneo! Kali ini, bakal dibuka di sekitar Kuching, Sarawak. Lihat pautan di bawah: