Berita Cuma Hangatkan Keadaan, PAS Nafi Dakwaan MB Perlis Ditahan

LocalPolitics
3 May 2024 • 10:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menafikan dakwaan Menteri Besar (MB) Perlis ditahan dan menganggap berita tersebut hanya untuk menghangatkan keadaan semata-mata.

Memetik laporan Majoriti, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa MB Perlis, Mohd Shukri Ramli ditahan hanya untuk memberi keterangan kepada pihak polis dan pihak mereka tidak akan menghentikan siasatan terbabit.

image is not available

Foto: Majoriti

“Beliau tidak ditahan pun, ini hanya satu berita sensasi. Kami di PAS tidak akan menghentikan sebarang siasatan dan Mohd Shukri pun sudah memberikan kenyataan,” katanya pada Khamis.

Ujarnya, PAS sentiasa bersifat terbuka untuk membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan terbabit memandangkan pejabat dibuka ’25 jam’ sehari.

“Pejabatnya juga dibuka ’25 jam sehari’, iaitu siang dan malam untuk membantu siasatan. Kami bersifat terbuka,” ujarnya.

Terdahulu, Mohd Shukri telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan beliau dan anak lelakinya.

image is not available

Foto: Malay Mail

Shukri ditahan selama lapan jam bagi memberi keterangan berkenaan dengan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur termasuk penambahbaikan, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak tahun 2022.

Sumber: Majoriti (Zikry Marzuki)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved