Berjalan Kaki 14 Jam Ke Garisan Mula, Wanita Menang Ultramaraton

2 Aug 2025 • 5:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Berjalan Kaki 14 Jam Ke Garisan Mula, Wanita Menang Ultramaraton

Dalam dunia yang serba ‘kaya’ dengan teknologi sukan, kasut berjenama mahal, dan latihan yang rapi, seorang wanita membuktikan bahawa semangat dan keazaman diri yang kuat mampu mengubah segalanya.

Baru-baru ini, Candelaria Rivas Ramos, seorang wanita dari suku orang Asli Raramuri atau juga disebut Tarahumara dari pergunungan Sierra Madre Occidental,Chihuahua Mexico mencuri perhatian ramai.

Ia selepas dia merangkul juara wanita dalam perlumbaan ultramaraton sejauh 63 kilometer dalam acara Ultra Maratón de los Cañones 2025.

Tiada Kasut Sukan Berjenama…Tiada Jurulatih…Tiada Penaja

Meskipun berdepan pelbagai cabaran seperti tidak pernah menyertai sebarang perlumbaan sebelum ini, tanpa sebarang bantuan luar dari segi peralatan atau latihan, namun perkara ia tidak melunturkan semangatnya dalam menyertaan perlumbaan.

Apa yang mengejutkan, Candelaria berjalan kaki selama lebih 14 jam dari rumahnya hanya untuk sampai ke garisan permulaan, sebelum perlumbaan bermula.

https://x.com/TVCDeportes/status/1941575124693782591?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1941575124693782591%7Ctwgr%5E0d1f159476775de62ad830ebdd6c1aca4f611da1%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.mundodeportivo.com%2Frunning%2F20250709%2F1002497299%2Fexperiencia-andando-14-horas-llegar-salida-gana-ultramaraton.html

“Saya datang bersama suami. Kami mula berjalan dari perkampungan kami di seberang lembah.

“Perlumbaan ini memang saya pernah dengar setiap tahun, tapi tahun ini saya nekad mahu cuba.

“Keluarga saya sokong saya untuk datang,” ujarnya ringkas selepas menamatkan larian.

Candelaria mencatatkan masa 7 jam 34 minit untuk menewaskan lebih 300 peserta lain dari dalam dan luar negara.

Kisah Candelaria menyentuh hati ramai khususnya dalam dunia sukan larian kerana untuk memulakan sesuatu yang besar, tidak memerlukan sesuatu yang sempurna, sebaliknya berbekalkan usaha dan keazaaman diri.

https://x.com/El_Universal_Mx/status/1942143550772441594?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1942143550772441594%7Ctwgr%5E0d1f159476775de62ad830ebdd6c1aca4f611da1%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.mundodeportivo.com%2Frunning%2F20250709%2F1002497299%2Fexperiencia-andando-14-horas-llegar-salida-gana-ultramaraton.html

Untuk makluman, kaum Rarámuri, yang turut dikenali sebagai “kaki ringan”, sememangnya terkenal sejak dahulu lagi kerana kebolehan mereka berlari dalam jarak yang sangat jauh.