Berjaya Buka Kilang & Cipta Peluang Pekerjaan, Tun Mahathir Kagum Kejayaan Khairulaming

Entertainment
6 Aug 2022 • 4:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Khairulaming? Pemuda yang berasal dari Kelantan ini sering berkongsikan resepi makanan dan popular dengan video masakannya.

Baru-baru ini, Khairulaming ada memuat naik satu ciapan yang bertulis tentang kejayaan perniagaan sambal miliknya yang kini sudah mencecah 1 juta botol. Jelas Khairulaming, dia sudah berniaga sambal selama setahun setengah, dan kini berjaya mengutip keuntungan sebanyak RM14 juta.

image is not available

Sempena kejayaan ini, dia akan membuka kilang baharu dengan keluasan 22,000 kaki persegi di Kelantan untuk melancarkan operasi dan menambah bilangan pengeluaran produk. Sambung pemuda ini, dia bercadang untuk pengeluarkan produk kedua tidak lama lagi.

Dalam untaian ciapan tersebut, Khairulaming turut berkongsikan kisah suka duka yang dihadapi ketika memulakan perniagaan menjual sambal ini.

Tun Mahathir kagum

Perkongsian Khairulaming ternyata mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Jelas Tun Mahathir, beliau sudah lama mengikuti perkembangan Khairulaming yang dahulunya bermula sebagai pembikin konten, sehingga berjaya memulakan peniagaan ini.

Tun Mahathir turut memuji sikap berani Khairulaming untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Syabas anak Melayu yang berani keluar dari kepompong keselesaan.”, tulis beliau dalam satu ciapan.

Di akhir ciapan, Tun Mahathir berharap kejayaan Khairulaming ini boleh menjadi inspirasi buat anak muda di luar sana agar terus mencipta kejayaan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.