Berjaya Corp Akan Bekerjasama Dengan Syarikat China Untuk Memperkenalkan Teknologi Rumah Pintar Dan Kenderaan Elektrik

TechnologyDigital
18 Jun 2024 • 3:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berjaya Corp, syarikat konglomerat Malaysia yang mempunyai jari dalam pelbagai industri tempatan hari ini telah menandatangani perjanjian dengan dua buah syarikat dari China untuk membawa masuk dan membangunkan teknologi-teknologi baru dalam sektor perumahan dan juga automotif.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani bersama-sama Skyworth Group Co. Ltd. dan Skywell New Energy Automobile Group Co. Ltd, yang mana Skyworth merupakan syarikat pembangun teknologi rumah pintar, dan Skywell pula adalah pembangun kelengkapan NEV ataupun Neighborhood Electric Vehicle dengan kelajuan yang rendah.

image is not available

Kolaborasi diantara syarikat-syarikat ini dilihat akan membolehkan Berjaya untuk mengembangkan sayap mereka dalam sektor perumahan dengan penawaran teknologi rumah pintar, dan memasuki sektor kenderaan elektrik yang kini dilihat semakin popular. Memandangkan Skywell adalah sebuah syarikat yang dikenali untuk teknologi micro-mobility mereka, kebarangkaliannya ialah Berjaya akan cuba untuk mengintegrasikan teknologi daripada perjanjian ini dalam satu pakej.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila pengasas kedua-dua syarikat ini ialah individu yang sama, iaitu Stephen Wong, yang mengatakan bahawa perjanjian diantara syarikat-syarikat ini akan mengeratkan lagi persefahaman diantara Malaysia-China, dan membolehkan kedua-dua syarikat ini untuk membina projek-projek mercu yang dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.