Berjaya hadiahkan basikal, bapa menangis terharu anak ucap terima kasih

Family & Parenting
27 Aug 2023 • 4:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Kasih seorang bapa terhadap anak-anak memang jarang diucapkan. Namun, setiap usaha untuk membahagiakan anak-anak dan keluarga sememangnya begitu bermakna lebih-lebih lagi jika dapat memenuhi keinginan orang tersayang.

Sebak anak ucap terima kasih

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Rina Hana, dia telah berkongsi momen suaminya sebak menahan tangis selepas anak tersayang mengucapkan terima kasih kerana menghadiahkannya sebuah basikal.

Menerusi video itu, dia dan suami telah berpakat memberi kejutan dengan menghadiahkan anak perempuannya sebuah basikal yang diletakkan di dalam bilik.

Dapat dilihat kanak-kanak tersebut seperti tidak percaya bahawa basikal berkenaan adalah miliknya apabila terkejut melihat hadiah terbabit berada di dalam bilik.

Peluk bapa dan ucap terima kasih

Dia terus meluru ke arah bapanya dan memeluk sambil mengucapkan terima kasih berulang-ulang kali kerana begitu gembira dengan hadiah tersebut.

Tanpa di sangka, bapanya seakan sebak dan meraup muka apabila menerima ucapan terima kasih daripada seorang anak.

image is not available

Kita pun sebak sama

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga ditonton hampir 800,000 viewers sejak dimuat naik di TikTok dua hari lepas.

Rata-rata warganet akui turut berasa sebak melihat reaksi bapa kanak-kanak berkenaan yang mungkin berasa puas kerana dapat membahagiakan anak tersayang.

Mereka juga memuji kanak-kanak tersebut yang sangat menghargai hadiah daripada ibu bapanya dengan mengucapkan terima kasih diatas pemberian yang cukup bermakna.

image is not available

Bagus anak terus lari peluk ayah

image is not available

Part ayah dia peluk tu sebak sangat

image is not available

Ayah kalau dapat hadiahkan anak2 memang rasa 1 archievement

image is not available

Nampak anak tu cukup teruja dapat basikal

image is not available

Sumber: TikTok Rina Hana