
Respon dan kenyataan aktres Nad Zainal berhubung dakwaan bermasam muka dengan rakan selebriti mengundang kritikan ramai warganet.
Menerusi Instagram, Nad berkata dia kini lebih fokus terhadap suami dan anak-anaknya serta berterima kasih kepada peminat yang “beriya-iya” mendoakan dirinya meskipun kini sudah sembuh.
Komen rakan artis, Nabila Huda meraih perhatian ramai selepas dia berseloroh dan bertanya tentang siapa Nad Zainal.
"Kalau Betul La Dia Kawan Saya.." - Nabila Huda Tunjuk Nad Zainal 'Blocked' Dia Di Media Sosial
Dalam pada itu, ruangan komen di hantaran tersebut dipenuhi dengan reaksi dan kecaman ramai masyarakat yang menegur Nad Zainal.
Mereka menyifatkan statement isteri kepada aktor Ungku Ismail itu begitu sombong dan sama seperti perumpamaan bagai kacang lupakan kulit.
Ramai yang turut mengingatkan Nad bahawa ramai peminat dan rakan-rakan artis mendoakan dirinya saat dia kritikal dan ditidurkan tahun lalu.
Malah, rakan artis juga turut berkali-kali berkongsi kepada orang ramai dan membuat hebahan tentang tabung bantuan untuk membantu membayar kos perubatannya.
Ingat sikit ramai artis artis, kawan kawan datang melawat, doakan kau. Bukan setakat artis, 1 Malaysia doakan kau.
The post Respon Nad Zainal Dikritik Ramai, Dilabel Kacang Lupakan Kulit – “Sombongnya, Dulu Masa Ko Sakit 1 Malaysia Doakan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

